}

miawmeowcat

Search This Blog

28.5.12



Kisah Muslimah dan Yahudi di Pasar Bani Qainuqa',

Abdullah bin Ja’far bin al-Miswar meriwayatkan kisah tentang sebuah perjuangan menjaga maruah dan aurat Muslimah. Pada suatu hari, terdapat seorang perempuan Arab Muslimah pergi ke pasar Bani Qainuqa’ membawa barang jualannya, lalu duduk berdekatan dengan seorang tukang emas berbangsa Yahudi.

Kemudian datang beberapa orang Yahudi mengepung dengan tujuan menggangu perempuan tersebut.

“Buka penutup mukamu,”kata sekumpulan orang Yahudi tersebut.Perempuan itu lantas memepertahankan maruahnya,”Tidak!” Si tukang emas yang berada berdekatan dengan perempuan tersebut secara secara diam-diam memegang hujung kain perempuan itu,lalu disimpulkannya hingga ke bahagian belakang dadanya ketika wanita Arab itu tidak menyedarinya.

Apabila perempuan itu bangun ,maka terdedahlah auratnya.Apa lagi,orang Yahudi ketawa terbahak-bahak.

“Ha…ha…ha…padan muka kamu!”

Lantas perempuan itu menjerit:”Tolong…tolong!”

Tiba-tiba datang seorang lelaki Muslim yang menyerbu tukang emas tersebut,lalu membunuhnya. Orang Yahudi yang melihat kejadian itu segera bertindak balas dengan membunuh lelaki Muslim tersebut.

Keluarga lelaki muslim itu mula menjerit memanggil orang islam untuk bertemu orang yahudi tersebut. Maka berlakulah pergaduhan antara mereka dengan bani Qainuqa’ (Ibnu Ishak, al-sirah an-nabawiyyah).

Adakah kini kita menghadapi situasi seperti yg dihadapi oleh wanita arab muslimah tersebut? Jawapannya,tidak. Malah sebaliknya wanita kini mendedahkan aurat atas dasar suka rela, “ikhlas” dari hati mereka.

Berdasarkan kisah di atas,wanita dan lelaki berperanan mempertahankan maruah (dalam konteks ini aurat). Wanita perlu memahami syariat, lantas menyambutnya dengan hati terbuka dalam bentuk amalan (praktikal).

Bagi lelaki pula, jangan sesekali menjadikan wanita sebagai objek pelaris dalam apa2 sahaja promosi. Demikian juga peranan seorang suami, ayah, abang termasuk juga lelaki secara umum, nasihatilah wanita yang berada di bawah jagaan mereka agar menitikberatkan penjagaan aurat sebaiknya

No comments:

Post a Comment

FOLLOW