}

miawmeowcat

Search This Blog

17.4.12

Tips Memilih pasangan




TIPS MEMILIH CALON SUAMI






✿ 
Kuat amalan agamanya. Menjaga solat fardhu, kerap berjemaah dan solat pada awal waktu. Auratnya juga sentiasa dipelihara dan memakai pakaian yang sopan. Sifat ini boleh dilihat terutama sewaktu bersukan.

✿ Akhlaknya baik, iaitu seorang yang nampak tegas, tetapi sebenarnya seorang yang lembut dan mudah bertolak ansur. Pertuturannya juga mesti sopan, melambangkan peribadi dan hatinya yang mulia.

✿ Tegas mempertahankan maruahnya. Tidak berkunjung ke tempat-tempat yang boleh menjatuhkan kredibilitinya.

✿ Amanah, tidak mengabaikan tugas yang diberikan dan tidak menyalahgunakan kuasa dan kedudukan.

✿ Tidak boros, tetapi tidak kedekut. Tahu membelanjakan wang dengan bijaksana.

✿ Menjaga mata dengan tidak melihat perempuan lain yang lalu lalang ketika sedang bercakap-cakap.

✿ Pergaulan yang terbatas, tidak mengamalkan cara hidup bebas walaupun dia tahu dirinya mampu berbuat demikian.

✿ Mempunyai rakan pergaulan yang baik. Rakan pergaulan seseorang itu biasanya sama.

✿ Bertanggungjawab. Lihatlah dia dengan keluarga dan ibu bapanya.

✿ Wajah yang tenang, tidak kira semasa bercakap atau membuat kerja atau masa kecemasan.

Tips ini juga boleh diguna pakai untuk memilih calon isteri.

| Lelaki yang baik untuk wanita yang baik |

FOLLOW