}

miawmeowcat

Search This Blog

29.5.12

saya bukan robot

Ngee... Ttiba jak blog tu sekat n ada kod kuar, utk mmastikn anda bkn robot =..=

Lawalah robot ble pl berblog2 ..
Cuz 1 mlm p bt lbh drpd 50 kot post dlm blog, ni gara-gara lma xupdate blog.. Boring lagi +)

Hihi, lucu pula blog ni
Baru tahu blog pun ble sekat mcm dlm fb klu p add rrmai dia akan bg amran n sekat xble add org dlm brpa hari... Blog pl.. Hihi

Pelik pl rasanya, mgkin btl la tu robot mgkin me ni taw.. Ngee...

Bkn apa, dpt info & mklmt yg mnarik so tu yg mo d kongsikan

Alhamdulilah, siap jg blog ni
Wlpun xtahu n xpkai tab or read more rasanya boleh la ni ln blog ni d guna pkai =)

Moga yg tklik & terpergi sini..
Enjoy myblog yg xseberapa ni
Published with Blogger-droid v2.0.4

Facebook lukisan



Ikan yang berjaya di tangkap




OTHMAN Abu Bakar, (dua kanan) bersama empat anaknya memegang ikan yang ditangkap oleh seorang nelayan pesisir pantai di Kuala Sungai Kerteh sepanjang 4 meter dan seberat 9 kilogram.

Ikan tersebut menyerupai seekor naga walaupun berwarna putih kerana mempunyai sesunggut, kepala serta sirip berwarna merah dan kulit kasar seperti pari serta berduri di bawah badan.

Lelaki Cerca Sultan Johor Beli WWW 1




Umum mengetahui Sultan Johor telah memenangi dan berjaya memiliki nombor plat kenderaan
“WWW 1” dengan bidaan tertinggi iaitu sebanyak RM520,000.


Sultan Ibrahim Ismail Sultan Iskandar juga berjaya mendahului 9,999 pembida yang lain termasuklah Yang di-Pertuan Agong dan Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai dalam proses pembidaan.


Namun, sekarang ini, timbul pula keadaan kurang enak apabila seoranglelaki telah berani mencerca Sultan Johor apabila berjaya memiliki nombor plat kenderaan “WWW 1” itu.


Lelaki tersebut telah mempertikaikan dari mana sumber wang yang digunakan oleh Sultan Johor untuk membeli nombor plat itu di laman sosial Facebooknya.


Malah, dia juga berani mengeluarkan kata-kata kesat mengutuk Sultan Johor dan kerabat di-Raja yang lain.


“Kenapa nak beli nombor plate samapi Rm5230K pasal nak no plate WWW1.. Bodoh punya Sultan.. That why I hate rotal people yng guna duit cukai rakyat semata-mata nak beli benda2 x guna.

No plate WWW1 buat dia masuk syurga ke? Kalo la Rm520k buat amal jariah bukak sekolah tahfiz ke.. pahala dapat berganda2.. aku ada tngok seorang yang miskin keje kuli2 susah payah kumpul duit derma tuk pembangunan sekolah tahfiz.. Moga beliau dicucuri rahmat,” tulis lelaki tersebut.



Ekoran tersebarnya status lelaki yang berani itu, Tengku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Idris ibni Sultan Ibrahim telah membalas balik kenyataan lelaki itu di laman Twitternya.


“JOHOR Royal Family does Not take any Money from the Government. Since the time of Almarhum Sultan Ibrahim. Feel free to ask the MB or any Government officials.

The money allocated to My Father and I every month as a Sultan and Tunku Mahkota is put into Yayasan Iskandar and Yayasan Ibrahim.


The purpose of these foundation (Yayasan Iskandar and Yayasan Ibrahim)is for the Rakyat and to assist the Johor State Government.

I my self, since the time I was Raja Muda, Never took 1 cent from the Government till this very Day. Its my Rakyat’s Money. So, before You Open you mouth. Do your research,” balas TMJ.




Samsung Galaxy S III




On the exterior, the Galaxy S III looks similarly to the Galaxy Nexus and carries a dimension of 136.6 x 70.6 x 8.6 mm and a weight of 133g. It is a tad thicker and heavier than its predecessor, the Galaxy S II. It will be available in two colours at launch, Pebble Blue and Marble White.

Dominating the phone’s surface is the 4.8-inch HD Super AMOLED display that supports 1280 x 720 resolution pixels. Samsung cleverly avoided mentioning the processor of the device, but various report pointed that it is powered by the latest 1.4GHz Exynos 4 Quad processor together with 1GB of RAM.


GeneralsDate AnnouncedMay 03, 2012 (2nd Quarter)
StatusComing Soon
Network TechnologyGSM 850 / 900 / 1800 / 1900
HSDPA 850 / 900 / 1900 / 2100
LTE (regional)
Processor/ MemoryCPUQuad-core 1.4 GHz Cortex-A9
RAM1GB
Internal Storage16/32/64 GB storage
External MemorymicroSD (up to 64GB)
GPUMali-400MP
ChipsetExynos 4212 Quad
BodyDimensions (mm)136.6 x 70.6 x 8.6
Weight (g)133
Available coloursBlue, White
QWERTY KeypadNo
DisplayScreen Size, Resolution4.8 inches, 720 x 1280 pixels
Screen ColorSuper AMOLED, 16M colors
DesignCandybar
Screen Protection-
MultitouchYes
SoftwarePlatform / OSAndroid OS v4.0 (Ice Cream Sandwich)
Java (J2ME)via Java MIDP emulator
MessagingSMS, MMS, Email, Push Email, IM, RSS
OthersTV-out (via MHL A/V link),MicroSIM card support only - S-Voice natural language commands and dictation,Smart Stay eye tracking,dropbox (50 GB storage),Document editor (Word, Excel, PowerPoint, PDF),Go
SoundAlertMP3, Vibration, WAV
3.5mm JackYes
Extra FeatureMP3/WAV/eAAC+/AC3/FLAC player
BatteryBattery Type/CapacityLi-Ion 2100 mAh
Stand-by-
TalkTime-
EntertainmentFM RadioYes
TV ReceiverNo
Others-
ConnectivityHSPDAHSDPA, 21 Mbps; HSUPA, 5.76 Mbps
WLANClass 12
EDGEClass 12
GPRSClass 12
WiFi Hot SpotYes
GPSYes
NFC SupportYes
BluetoothYes, v4.0 with A2DP, EDR
USB PortYes
SensorAccelerometer, Barometer, Compass, Gyro, Proximity
Camera SpecificationsCapacity8 Megapixel
Max. Resolution3264x2448
FlashYes
Video Recording-
Secondary CameraYes, 1.9 MP, 720p@30fps
Extra Featuresautofocus, LED flash,Simultaneous HD video and image recording, geo-tagging, touch focus, face and smile detection, image stabilization

Batman Edition Nokia Lumia 900


Owl yang cute


Cool jam ini?


Tenang


Supaya Student tdk lupa


Selamat Pengantin Baru



kau ada?


Buat cute


Kegunaan maths


Cara bg jwpn math terkini


Hasil dari babi


Muhammad


Bag landak


Ingatlah


Tabik kpda posman


Lain dari lain


Baby Panda


faham?


kurangkan kadar xcden


Jumaat


xcden train di kk




28.5.12

ALLAH


Selamanya


miow miow


Cinta dan kesetiaan teruji ketika jarak dan waktu memisahkan.
Dan hanya kepercayaanlah yg mampu mempertahankannya...... 


Ingat 5 perkara sebelum 5 perkara


Doa Ketika memulakan dan akhir kerja


Cara Merawat Hati


Cara Mayat Dalam Kubur


Tiap-tiap yang bernyawa akan merasai mati, dan bahawasanya pada hari kiamat sahajalah akan disempurnakan balasan kamu.

ketika itu sesiapa Yang dijauhkan dari neraka dan dimasukkan ke syurga maka Sesungguhnya ia telah berjaya.

dan (ingatlah bahawa) kehidupan di dunia ini (meliputi Segala kemewahannya dan pangkat kebesarannya) tidak lain hanyalah kesenangan bagi orang-orang Yang terpedaya. (Surah Ali Imran 3:185)

Hidup


=>Jadikanlah yang Lembut itu HATI....
=>Jadikanlah yang Tipis itu BENCI.....
=>Jadikanlah yang Tebal itu IMAN.....
=>Jadikanlah yang Tajam itu AKAL....
=>Jadikanlah yang Baik itu SIFAT.....
=>Jadikanlah yang Manis itu SENYUMAN.....

=> Baik buruk ketentuan TUHAN....
=> Telah ku terima penuh KEIKHLASAN....
=> Andai buruk ku anggap DUGAAN...
=> Andai baik ku anggap PEMBERIAN TUHAN...

Anak Gajah


Sifat Wanita Cantik

Siapa Wanita Cantik?
Wanita cantik ialah:

1.Melukis kekuatan melalui masalah
2.Tersenyum saat tertekan
3.Tertawa saat hati sedang menangis
4.Tabah di saat terhina
5.Mempersona kerana memaafkan
6.Mengasihi tanpa balasan
7.Bertambah kuat dalam doa & pengharapan Ilahi…

Ya Allah… Walaupun aku tidak cantik dimata manusia, cukuplah sekadar cantik dihadapan-MU

1)MELUKIS KEKUATAN MELALUI MASALAH.

seorang perempuan itu akan terserlah kekuatannya apabila kita melihat bagaimana dia menghadapi masalah yang datang padanya.

sama ada dia lemah mahupun semakin tabah dengan dugaan yang datang padanya.insyaAllah bagi yang kuat dia berjaya memanfaatkan ujian Allah padanya untuk meningkatkan kekuatan dirinya.

2)TERSENYUM SAAT TERTEKAN

percaya atau tidak.kalau benar-benar seorang wanita itu mampu melalui masalah yang dihadapi nya kita orang sekeliling dia tidak mampu meneka apakah perasaan dia yang sebenar.

kenapa?kerana terlalu dalam untuk kita memahami perasaan dia yang selalu tersenyum tidak kira sama ada dia ada masalah ataupun sebaliknya.alangkah indahnya kalau aku turut sedemikian rupa.

3)TERTAWA SAAT HATI SEDANG MENANGIS

bukan saja-saja dia tertawa saat hatinya terluka dan menangis.dia bersikap sedemikian kerana dia mahu menjadi seorang yang tabah dan tidak mahu menyusahkan orang sekelilingnya.tambahan pula dia yakin akan pertolongan YANG ESA akan datang kepadanya.

dan dia tetap tertawa menutup segala gundah dan kelukaan yang ada kerana keyakinannya terhadap bantuan Allah tidak pernah surut.

4)TABAH DI SAAT TERHINA

setiap yang baik itu sentiasa diuji olehNYA dan salah satu daripadanya ialah penghinaan dari manusia.tapi bagi seorang wanita yang cantik pekertinya semua itu bukan lah halangan untuk dia meneruskan hidupnya malah dia akan berusaha untuk menjadi lebih tabah untuk meghadapi hari yang mendatang.

ketabahan yang ada dalam diri dia menjadi perisai untuknya menangkis segala hinaan daripada manusia lain yang tidak pernah mengenal erti ketakutan akan azab YANG ESA.

5)MEMPERSONAKAN KERANA MEMAAFKAN

bukan mudah untuk kita memaafkan kesalahan orang lain terhadap diri kita.lebih-lebih lagi apabila melibatkan kesalahan yang melukakan hati hingga hancur musnah sesebuah kehidupan itu.namun bagi seorang wanita yang cantik itu,

kemaafan itu sentiasa diberikan kepada yang pernah melukakan malah menyakitkan hatinya.kerana baginya mereka-meraka inilah yang memberi peluang padanya untuk menjadi lebih tabah.subhanallah.

6)MENGASIHI TANPA BALASAN

kasihnya terhadap suami dan keluarganya memang datang dari hatinya yang ikhlas bukanlah kerana mengharapkan sebarang pembalasan.kerana bagi wanita yang cantik seperti ini kasihnya untuk meraka ini bukannya kasih yang dibuat-buat tetapi kasih yang tulus.

malah meraka inilah yang membuatkan dia kuat menahan segala tomahan dan ujian dari YANG ESA.dan kasih seorang wanita yang cantik ini amat sukar untuk kita cari dimana-mana melainkan kasih seorang isteri dan ibu yang solehah.

7)BERTAMBAH KUAT DALAM DOA DAN PENGHARAPAN ILLAHI


dia hanya berharap kepada YANG ESA.dan dia juga tidak pernah mengenal erti lelah dalam terus berdoa tidak kira siang dan malam untuk kehidupan orang yang dia sayang.

wanita yang cantik tidak mementingkan diri sendiri kerana mereka lebih mementingkan kepentingan orang yang mereka sayang.suami dan keluarga mereka tidak pernah terlepas dari setiap doa-doa yang dipohon kepada YANG ESA.

Khas untuk dirimu…Dirimu yang sedap mataku memandang.Cantik itu subjektif!

Renungan

Pada suatu hari, seorang gadis yang terpengaruh dengan cara hidup masyarakat Barat menaiki sebuah bas mini untuk menuju ke destinasi di wilayah Iskandariah.

Malangnya walaupun tinggal di bumi yang terkenal dengan tradisi keislaman, pakaian gadis tersebut sangat menjolok mata.Bajunya agak nipis dan seksi hampir terlihat segala yang patut disembunyikan bagi seorang perempuan daripada pandangan lelaki ajnabi atau mahramnya.

Gadis itu dalam lingkungan 20 tahun. Di dalam bas itu, ada seorang tua yang dipenuhi uban menegurnya: “Wahai pemudi! Alangkah baiknya jika kamu berpakaian yang baik, yang sesuai dengan ketimuran dan adat serta agama Islam kamu, itu lebih baik daripada kamu berpakaian begini yang pastinya menjadi mangsa pandangan liar kaum lelaki…. ” nasihat orang tua itu.

Namun, nasihat yang sangat bertetapan dengan tuntutan agama itu dijawab oleh gadis itu dengan jawapan yang mengejek: “Siapalah kamu hai orang tua?

Adakah kamu cuba nak ingatkan aku supaya menutup aurat sepenuhnya sedangkan bapa kandungku sendiri tidak pernah menasihatiku?

Apakah kamu mahu aku berpakaian menutup aurat sedangkan aku masih mahu bebas menayangkan tubuh badan ku di khalayak ramai?

Apakah di tangan kamu ada anak kunci syurga?

Atau adakah kamu memiliki sejenis kuasa yang menentukan aku bakal berada di syurga atau neraka?”

Setelah menghamburkan kata-kata yang sangat menghiris perasaan orang tua itu, gadis itu tertawa mengejek panjang. Tidak cukup setakat itu, si gadis lantas cuba memberikan telefon bimbitnya kepada orang tua tadi sambil melafazkan kata-kata yang lebih dahsyat. ” Jika ISLAM itu BENAR, tempatkan bilikku di Neraka,

Ambil handphone ku ini dan hubungilah Allah serta tolong tempahkan sebuah bilik di neraka jahanam untukku,” katanya lagi lantas ketawa berdekah-dekah tanpa mengetahui bahawa dia sedang mempertikaikan hukum Allah dengan begitu biadab.

Orang tua tersebut sangat terkejut mendengar jawapan daripada si gadis manis. Sayang sekali, wajahnya yang ayu tidak sama dengan perilakunya yang buruk. Penumpang-penumpang yang lain turut terdiam malah ada yang menggelengkan kepala kebingungan.

Semua yang di dalam bas tidak menghiraukan gadis muda yang tidak menghormati hukum-hakam agama itu dan mereka tidak mahu menasihatinya kerana khuatir dia akan akan menghina agama dengan lebih teruk lagi.

Sepuluh minit kemudian bas pun tiba di perhentian. Gadis seksi bermulut celupar tersebut tertidur di muka pintu bas. Puas pemandu bas termasuk para penumpang yang lain mengejutkannya tapi gadis tersebut tidak sedarkan diri.

Tiba tiba orang tua tadi memeriksa nadi si gadis. Sedetik kemudian dia menggeleng-gelengkan kepalanya. Gadis itu telah kembali menemui Tuhannya dalam keadaan yang tidak disangka. Para penumpang menjadi cemas dengan berita yang menggemparkan itu.

Dalam suasana kelam kabut itu, tiba tiba tubuh gadis itu terjatuh ke pinggir jalan. Orang ramai segera berkejar untuk menyelamatkan jenazah tersebut. Tapi sekali lagi mereka terkejut. Sesuatu yang aneh menimpa jenazah yang terbujur kaku di jalan raya.

Mayatnya menjadi hitam seolah-olah dibakar api. Dua tiga orang yang cuba mengangkat mayat tersebut juga kehairanan kerana tangan mereka terasa panas dan hampir melecur sebaik saja menyentuh tubuh si mayat. Akhirnya mereka memanggil pihak keselamatan menguruskan mayat itu.

Begitulah kisah ngeri lagi menyayat hati yang menimpa gadis malang tersebut. Apakah hasratnya menempah sebuah bilik di neraka dimakbulkan Allah? Na’uzubillah, sesungguhnya Allah itu Maha Berkuasa di atas segala sesuatu. Sangat baik kita jadikan iktibar dan pelajaran dengan kisah benar ini sebagai Muslim sejati.

Jangan sesekali kita mempertikaikan hukum Allah mahupun sunnah RasulNya s.a.w. dengan mempersendakan atau mengejek.

Kata kata seperti ajaran Islam tidak sesuai lagi dengan arus kemodenan dunia hari ini atau sembahyang tidak akan buat kita jadi kaya dan seumpamanya adalah kata-kata yang sangat biadab dan menghina Allah, pencipta seluruh alam.

Ingatlah teman, kita boleh melupakan kematian, tetapi kematian tetap akan terjadi kepada kita. Hanya masanya saja yang akan menentukan bila kita akan kembali ke alam barzakh. Janganlah menjadi orang yang bodoh, siapakah orang yang bodoh itu?

Mereka itulah orang yang ingin melawan Tuhan Rabbul ‘alamin. Apabila anda enggan melaksanakan suruhan Tuhan bererti anda ingin melawan arahan Tuhan.

Sewaktu di sekolah anda tertakluk dengan undang-undang sekolah, dalam pekerjaan anda tertakluk dengan undang-undang yang dilakar oleh majikan anda, di dalam negeri anda tertakluk di bawah undang-undang negara anda.

Begitu taksub sekali anda terhadap undang-undang itu sehingga terlalu prihatin takut kalau melanggar undang-undang tersebut .

Apabila anda berpijak di bumi ini, anda juga tertakluk dengan undang-undang yang telah di gubal oleh yang pemilik yang menjadikan bumi ini.

Setiap Sultan ada taman larangannya, begitu juga Allah s.w.t. taman laranganNya adalah perkara-perkara yang telah diharamkan bagi hamba-hambaNya di muka bumi ini.

Sama samalah kita memohon agar Allah sentiasa memberi kita petunjuk di atas jalan yang benar dan agar Dia memberikan kekuatan agar kita sentiasa dapat menjaga lidah kita, amin.

Kisah ini dikongsikan dan diceritakan bersama oleh sahabat saya sendiri yang berasal di Malaysia dan kini berada di perantauan sana

Wanita Hamil









Kisah Muslimah dan Yahudi di Pasar Bani Qainuqa',

Abdullah bin Ja’far bin al-Miswar meriwayatkan kisah tentang sebuah perjuangan menjaga maruah dan aurat Muslimah. Pada suatu hari, terdapat seorang perempuan Arab Muslimah pergi ke pasar Bani Qainuqa’ membawa barang jualannya, lalu duduk berdekatan dengan seorang tukang emas berbangsa Yahudi.

Kemudian datang beberapa orang Yahudi mengepung dengan tujuan menggangu perempuan tersebut.

“Buka penutup mukamu,”kata sekumpulan orang Yahudi tersebut.Perempuan itu lantas memepertahankan maruahnya,”Tidak!” Si tukang emas yang berada berdekatan dengan perempuan tersebut secara secara diam-diam memegang hujung kain perempuan itu,lalu disimpulkannya hingga ke bahagian belakang dadanya ketika wanita Arab itu tidak menyedarinya.

Apabila perempuan itu bangun ,maka terdedahlah auratnya.Apa lagi,orang Yahudi ketawa terbahak-bahak.

“Ha…ha…ha…padan muka kamu!”

Lantas perempuan itu menjerit:”Tolong…tolong!”

Tiba-tiba datang seorang lelaki Muslim yang menyerbu tukang emas tersebut,lalu membunuhnya. Orang Yahudi yang melihat kejadian itu segera bertindak balas dengan membunuh lelaki Muslim tersebut.

Keluarga lelaki muslim itu mula menjerit memanggil orang islam untuk bertemu orang yahudi tersebut. Maka berlakulah pergaduhan antara mereka dengan bani Qainuqa’ (Ibnu Ishak, al-sirah an-nabawiyyah).

Adakah kini kita menghadapi situasi seperti yg dihadapi oleh wanita arab muslimah tersebut? Jawapannya,tidak. Malah sebaliknya wanita kini mendedahkan aurat atas dasar suka rela, “ikhlas” dari hati mereka.

Berdasarkan kisah di atas,wanita dan lelaki berperanan mempertahankan maruah (dalam konteks ini aurat). Wanita perlu memahami syariat, lantas menyambutnya dengan hati terbuka dalam bentuk amalan (praktikal).

Bagi lelaki pula, jangan sesekali menjadikan wanita sebagai objek pelaris dalam apa2 sahaja promosi. Demikian juga peranan seorang suami, ayah, abang termasuk juga lelaki secara umum, nasihatilah wanita yang berada di bawah jagaan mereka agar menitikberatkan penjagaan aurat sebaiknya

Tanda Kiamat


Masih ingat andaian kiamat 2012 ?
Tahun ni kan??
JANGAN percaya lagi !!!!!
Sebab Kiamat menurut Agama Islam


... ... ... ... ... ... ... ...

- Kemunculan Imam Mahdi

- Kemunculan Dajjal

- Turunnya Nabi Isa (AS)

- Kemunculan Yakjuj Dan Makjuj

- Terbitnya matahari dari Barat ke Timur

- Pintu pengampunan akan ditutup

- Dab'bat al-Ard akan keluar dari tanah & akan menandai muslim yang sebenar2nya

- Kabus selama 40 Hari akan mematikan semua orang beriman sejati shj mereka tidak perlu mengalami tanda2 kiamat lainnya

- Sebuah kebakaran besar akan menyebabkan kerusakan,

- Pemusnahan Kabah,

- Tulisan dalam Al-Quran akan lenyap,

- Sangkakala akan ditiup pertama kalinya binatang2 & org2 kafir yang tersisa akan mati, semua gunung & bangunan akan runtuh

- Tiupan sangkakala yang kedua kalinya akan membangkitkan semua ciptaan Allah & bertemu di dataran Arafah menuju saat penghakiman mereka.. Dan Matahari akan mendekatkan dirinya ke bumi

Nabi MUHAMMAD SAW telah bersabda:
"Barang siapa yg mengingatkan ini kepada orang lain, akan Ku buatkan tempat di Syurga baginya pada hari penghakiman kelak."

Kita selalu kirim ribuan bende kat facebook, tapi bila kirim yang berkaitan dengan ibadah mesti berfikir-fikir.

Allah berfirman : "Jika engkau lebih mengejar duniawi daripada mengejar dekat denganKu maka Aku berikan, tapi Aku akan menjauhkan kalian dari SyurgaKu"

--------------------
"Mereka bertanya kepadamu (wahai Muhammad) tentang hari kiamat: "Bilakah masa datangnya?" Katakanlah: "Sesungguhnya pengetahuan mengenainya hanyalah ada di sisi Tuhanku, tidak ada sesiapa pun yang dapat menerangkan kedatangannya pada waktunya melainkan Dia.

(Huru-hara) hari kiamat itu amatlah berat (menggerunkan makhluk-makhluk yang ada) di langit dan di bumi; ia tidak datang kepada kamu melainkan secara mengejut". Mereka bertanya kepadamu seolah-olah engkau sedia mengetahuinya.

Katakanlah: "Sesungguhnya pengetahuan mengenai hari kiamat itu adalah di sisi Allah, tetapi kebanyakan manusia tidak mengetahui"." Al-A'raaf , 187

Wanita


Doa Elak kecelakaan




Allaahumma anta rabbii, laa ilaaha illaa anta ‘alaika tawakkaltu wa anta robbul ‘arsyil ‘adhiim. Maa syaa allaahu kaana wamaa lam yasya’ lam yakun walaa haula walaa quwwata illaa billaahil ‘aliyyil ‘adhiim.

A’lamu annallaaha ‘alaa kulli syain qadiir, wa annallaaha qad ahaatha bikulli syain ‘ilmaa. Allaahumma innii a’uudzu bika min syarri nafsii wa min syarri kulli daabbatin anta aakhidzun binaashiyatihaa inna robbii ‘alaa shiroothin mustaqiim.


“Wahai Allah, Engkaulah Tuhanku, tiada Tuhan bagiku kecuali hanya Engkau. PadaMu aku bertawakkal, dan Engkau adalah Tuhan dari ‘arsy yang besar.

Apa yang dikehendaki Allah pasti terjadi, dan apa yang tidak dikehendakiNya pasti pula tidak akan terjadi, tiadalah daya upaya dan tiada pula kekuatan kecuali hanya dengan Allah yang Maha Tinggi dan Maha Besar.

Aku yakin, bahawasanya Allah berkuasa atas segala sesuatu dan bahawasanya Allah meliputi segala sesuatu dengan ilmunya. Wahai Allah, aku berlindung dengan Engkau dari kejahatan diriku dari kejahatan tiap-tiap makhluk yang melata di bumi ini, Engkaulah yang mengendalikannya.

Bahawasanya Tuhanku sentiasa berada di jalan yang lurus.

Kelebihan Hari Jumaat




~Kelebihan hari Jumaat~

عَنْ أَبِى هُرَيْرَة
أَنَّ النَّبِى صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ
خَيْرُ يَوْمٍ طَلَعَتْ عَلَيْهِ الشَّمْسُ يَوْمُ الْجُمُعَةِ فِيهِ
خُلِقَ آدَمُ وَفِيهِ أُدْخِلَ الْجَنَّةَ وَفِيهِ أُخْرِجَ مِنْهَا
وَلا تَقُومُ السَّاعَةُ إِلا فِى يَومِ الْجُمُعَةِ

Dari Abu Hurairah r.a. katanya
Rasulullah s.a.w. bersabda :
"Hari yang paling baik, disitu terbit matahari ialah hari Jumaat
Di hari Jumaat Adam diciptakan Tuhan,
dan di hari Jumaat Adam a.s. dimasukkan ke dalam syurga
dan di hari Jumaat pula Adam a.s.dikeluarkan dari syurga
dan tidak berlaku kiamat kecuali pada hari Jumaat."
(Hadis sahih riwayat Muslim)


Kepala tersangkut di pintu pagar



IPOH: Seorang kanak-kanak perempuan berusia tiga tahun menempuh saat mencemaskan apabila kepalanya tersangkut pada jeriji pintu pagar rumah hingga menyebabkan mangsa hampir lemas akibat tercekik.

Dalam kejadian jam 2 petang semalam, mangsa, Farah Fitrina Abdullah dikatakan bermain dengan rakan di pekarangan rumah keluarganya di Silibin, di sini, sebelum memasukkan kepalanya menerusi ruang kecil pada besi jeriji berkenaan.

Tindakannya itu menyebabkan leher mangsa tersangkut dan kepalanya gagal ditarik keluar lebih setengah jam.

Mangsa akhirnya berjaya dikeluarkan selepas penduduk menggunakan jek kereta untuk merenggangkan besi jeriji itu.


Kakak mangsa Farah Syahida, 18, ketika ditemui berkata, kejadian berkenaan pertama kali dialami walaupun adik bongsunya itu kerap bermain di pintu pagar rumah berkenaan.

Kejam!!


Bayi 2 bulan mati dalam Periuk Nasi



BATU PAHAT – Sepasang suami isteri yang panik mencari anak hilang, terkejut dan bingung apabila anaknya ditemui dalam periuk di rumah mereka di Kampung Sri Ladang, Rengit, Jumaat lalu dalam keadaan tidak bernyawa.

Bayi malang berusia dua bulan itu, Asyraful Iskandar Mohd Noor, ketika ditemui polis, berada dalam periuk dalam kabinet dapur.

Bapa bayi itu, Mohd Noor Salleh, 58, berkata, pada hari kejadian jam 8 pagi, Iskandar tidur dalam buaian, malah dia sempat menjenguk anaknya sebelum keluar ke klinik.

“Pagi itu, sebelum ke Klinik Kesihatan Sri Merlong untuk ambil ujian tekanan darah, saya sempat menjenguk Iskandar.

“Bagaimanapun, sewaktu pulang ke rumah sejam kemudian, isteri kelam-kabut memberitahu Iskandar hilang dari dalam buaiannya,” katanya.

Menurut Mohd Noor, isterinya, Zarinah Dahalan, 42, memberitahu, dia sedang membuai Iskandar dan bangun meninggalkan bayi itu seketika untuk memasak.

“Apabila isteri saya kembali ke buaian, dia lihat Iskandar tiada di situ,” katanya.

Mohd Noor lantas memaklumkan kepada jiran untuk sama-sama mencari anaknya.

“Puas saya bertanya dengan semua jiran dan mencari Iskandar di merata-rata tempat, namun tidak berhasil.

“Setelah menemui jalan buntu, saya buat laporan berhubung kehilangan Iskandar di Balai Polis Rengit pada hari sama jam 11 pagi,” katanya

Menurutnya, sepasukan anggota termasuk pegawai dari Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Batu Pahat kemudian tiba di rumah sebelum memeriksa setiap bahagian.

“Semasa pemeriksaan lanjut dibuat, polis menemui Iskandar dalam periuk yang diletakkan dalam kabinet di bahagian bawah ruang dapur.

“Ketika itu bayi kami sudah meninggal dunia. Mayat Iskandar dihantar ke Hospital Batu Pahat untuk bedah siasat bagi mengenal pasti punca kematian,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Batu Pahat, Asisten Komisioner Din Ahmad berkata, beliau mengesahkan kejadian berkenaan.

“Berdasarkan bedah siasat pada mayat Iskandar, tiada kesan mencurigakan ditemui dan polis mengklasifikasikan kes ini sebagai kematian mengejut,” katanya.

Dalam pada itu, Zarinah ketika ditemui Sinar Harian masih lagi trauma dan enggan ditemu ramah.

Iskandar, anak bongsu pasangan berkenaan mempunyai seorang lagi abang berusia 15 tahun, namun dia tidak berada di rumah pada masa kejadian kerana berada di sekolah.

Jenazah Iskandar selamat dikebumikan pada keesokan harinya. – SinarHarian

*gambar menunjukkan kabinet di mana mayat bayinya, Asyraful Iskandar ditemui dalam sebuah periuk.

Akuarium paling terbesar di DUNIA


diperbuat daripada bahan acrylic....mempunyai kekuatan yg jauh lebih baik berbanding...ia sejenis plastic yg sangat kuat....so bnda ni x boleh dikatakan pecah sebab ianya plastic...sudah semestinya diding plastic ini sangat tebal....antara material baru yang sangat bagus dan yg penting ia lutsinar....tetapi ia menelan kos yang sangat tinggi

Bila akan ada?


FOLLOW